Selamat berpuasa yg ke 20
hai semua pembaca web aku nie ..aku nk ucapkan selamat berposa dan selamat hari raya...klu ada salah dan silap harap dimaafkan...
Laman ini ku buka khas buat sesapa yang nak baca la klu x nak x per aku tak paksa
hai semua pembaca web aku nie ..aku nk ucapkan selamat berposa dan selamat hari raya...klu ada salah dan silap harap dimaafkan...
Hai kengkawan semua cubalah yer nk hilangkan boring sekejab
http://www.hurtwood.demon.co.uk/Fun/copter.swf
Memudahkan mengopek kerang- Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasicara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan ataumeratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang.Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.
Merawat penyakit buasir- Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.
Mengatasi bayi demam selepas disuntik - Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawangkecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.
Menghilangkan gatal getah keladi- Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidakgatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam denganair. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersamabeberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.
Mempercepatkan pembekuan agar-agar - Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebihairnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu disejukkan didalam petisejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan.
Mengelak kain batik daripada luntur- Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar,eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru.Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketikaair rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelahitu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.
Memudahkan bayi buang air besar- Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dangaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulahpada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.
Cara merawat penyakit panau- Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara padamuka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.
Menghilangkan bau nasi hangit- Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helaidaun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit - tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.
Hadis: Roh orang beriman seharum kasturi
JASAD kalau tidak dibersihkan oleh tuannya daripada kekotoran maksiat akan menderita.
Selain itu, hati kecil orang itu akan menderita kerana tempelak dan tengking herdik daripada malaikat, seperti ditegaskan oleh Rasulullah dalam hadis berikut:Daripada Al-Bara' bin ‘Azib, katanya: “Kami telah keluar bersama-sama Nabi saw mengiringi jenazah seorang lelaki daripada kaum Ansar. Lalu, kami sampai ke kuburnya yang disediakan. “Rasulullah pun duduk, lalu kami duduk di sekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu. Baginda pula mencucuk-cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada pada tangannya. “Setelah itu Baginda mengangkat kepalanya lalu bersabda: ‘Mintalah kamu perlindungan kepada Allah daripada azab kubur.’ (Diulanginya sabdanya itu) dua atau tiga kali.“Kemudian Baginda bersabda lagi: “Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin (ketika hendak mati) apabila dia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya malaikat dari langit, putih bersih muka mereka, seolah-oleh matahari, dengan membawa kain kapan bersama mereka daripada kain kapan syurga dan Hanut dari yang ada di syurga, hingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang.’ (Hanut adalah serbuk campuran benda harum yang ditabur kepada mayat ketika dikapankan.)“Kemudian datang Malakulmaut, lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: ‘Wahai jiwa yang baik! Keluarlah (dan pada satu riwayat ada disebutkan: Orang yang hendak mati dihadiri – saat nazaknya – oleh malaikat, maka sekiranya orang itu seorang yang soleh, berkatalah malaikat: Keluarlah engkau...) menuju ke tempat keampunan dan keredaan Allah.”“Baginda bersabda lagi: “Kemudian roh orang itu keluar – mengalir seperti mengalirnya setitik air dari mulut bekas air (yang dibuat daripada kulit kambing), lalu Malakulmaut mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya pada tangan Malakulmaut walau sekelip mata sekalipun, lalu mereka mengambilnya kemudian meletakkannya dalam kain kapan dan Hanut.”“Dan keluar pula daripada roh itu bau yang harumnya seperti seharum-harum kasturi di bumi. “Baginda bersabda lagi: “Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (ketika membawanya) mana-mana kumpulan malaikat melainkan kumpulan malaikat itu berkata: Roh yang baik ini roh siapa?” Mereka menjawab: “Roh si anu anak si anu.” (Dengan menyebutkan sebaik-baik namanya yang biasa mereka menamakannya dengan nama-nama itu di dunia).“(Demikianlah halnya) hingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama. Selepas itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, lalu dibukakan pintu untuk mereka; kemudian malaikat yang berkedudukan istimewa di sini Tuhan daripada penduduk tiap-tiap langit menghantar roh itu beramai-ramai hingga ke langit yang berikutnya, hingga mereka berhenti membawanya di langit yang ketujuh. “Setelah itu Allah berfirman kepada malaikat (yang ditugaskan untuk itu): “Simpanlah suratan amal hamba-Ku ini dalam ‘illiyyin’ (tempat simpanan surat amal orang yang berbakti) dan bawalah dia balik ke bumi, kerana sesungguhnya Aku telah menciptakan manusia dari bumi, dan ke bumi juga Aku kembalikan mereka, serta dari bumi pula Aku keluarkan mereka sekali lagi.”“Baginda bersabda lagi: “Dan sesungguhnya orang yang kafir (ketika hendak mati) apabila dia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya malaikat dari langit, hitam muka mereka, dengan membawa kain kasar seperti kain kadut. Lalu, mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang.“Kemudian datang Malakulmaut, lalu duduk di sini kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: “Hai jiwa yang jahat! Keluarlah (dan pada satu riwayat disebutkan: Maka apabila orang itu orang jahat, berkatalah malaikat: “Keluarlah engkau...”) menuju ke tempat kebencian dan kemurkaan Allah.”“Baginda bersabda lagi: “Kemudian roh orang itu berselerak di merata-rata jasadnya (kerana takut hendak keluar), lalu disentap rohnya itu oleh Malakulmaut seperti sebatang besi pembakar daging disentap daripada segumpal bulu yang basah. “Malakulmaut pun mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya pada tangan Malakulmaut walau sekelip mata sekalipun hingga mereka meletakkannya dalam kain kasar yang disebutkan itu. “Dan keluar pula daripada roh itu bau yang busuknya seperti sebusuk-busuk bau bangkai yang ada di bumi. Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (ketika membawanya) mana-mana kumpulan malaikat melainkan kumpulan malaikat itu berkata: “Roh yang jahat ini roh siapa?” Mereka menjawab: “Roh si anu anak si anu.” (Dengan menyebutkan seburuk-buruk namanya yang biasa dipanggil dengan nama itu di dunia); (demikianlah halnya) hingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama, setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, tetapi tidak dibukakan baginya.“Kemudian Rasulullah , membaca (ayat 40 Surah al-A'raf, ertinya): “...tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga hingga unta masuk di lubang jarum...” (Kemudian Baginda bersabda): “Lalu Allah berfirman kepada malaikat: Simpanlah suratan amal jahatnya dalam sijjin (tempat simpanan surat amal jahat orang yang berdosa), yang letaknya di bumi yang terkebawah sekali. Lalu dicampakkan rohnya ke situ...” (Hadis riwayat al-Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Malah)
Assalamualaikum, apa kabar semua blogs..hope u all sihat hendaknya. Hari ini kita telah masuk hari ke 13 kita berpuasa di bulan Ramadhan yg mulia ini. So semangat yang ada haruslah diteruskan hingga akhirnya..dan bertarawikh...setiap malam mencari malam Lailatul Qadar..moga kita dapat berjumap dgn mlm yg penuh barakah....insyallah
Assalamualaikum and to all my new friends .Today i want to speak in english. today we fasting for the 6 day...so how ..so far ..so good..or not...aku tak pandai nk tulis sgt dlm eng.. tp aku nk balajar juga..aku paham org cakap cuma aku kurang fasih nk ckapa sebab x biasa so ada sesapa leh bual dlm Eng tak...so 1 day 1 word...oklah semua aku ucapkan selamat berpuasa la teruskanlah ibadah ini dan tambah2lah dengan ibadah yg lain...semoga apa yg kita lakukan diredhai Allah.
Hikmah Berzikir
Assalamualaikum...Firman Allah s.w.t. maksudnya, "Dan orang -orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar." (al-Ahzab 35) Dari Rasulullah s.a.w.,"Sesiapa yang mengucapkan'Subhanallah Hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga." (H.R Muslim)
1. Akan mendapat keredaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelaztan iman di dalam jiwa.
2. Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
3. Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
4. Akan dapat merasakan betapa besar, Agong, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
5. Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada didalam kesusahan dan kedukaan.
6. Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian malaikat.
7. Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon-pohon tamar itu untuknya.
8. Akan mendapat nur dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
9. Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syuga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
10. Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahanam."sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah SWT." "
Dua puluh dua tanda hari kiamat semakin hampir.
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkanmelalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agamadan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untukmembezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jikatidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati merekasentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungankepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuanberkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir danamalan syaitan lain.11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadikuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layananbaik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orangyang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minumarak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang,mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyakberlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalamsembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyangmelanggar perintah-Nya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah(iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara merekaberpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan danjarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu>membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak berimanadalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yangsederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah."
"RENUNGAN BUAT PARA SUAMI Apakah membebani mu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isteri mu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?! Apakah membebani mu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isteri mu?! Apakah menyulitkan mu wahai hamba Allah, untuk merangkul isteri mu, mencium pipinya serta ber*****bu disaat anda menghampiri dirinya?! Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isteri mu, agar anda mendapat pahala?! Apakah termasuk susah, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?! Apa yang membebani mu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasih mu, walaupun agak terpaksa, dan mengandung bohong yang dibolehkan?!! Tanyalah keadaan isteri mu di saat anda masuk rumah! Apakah memberatkan mu, jika anda menuturkan kepada isteri mu di saat masuk rumah : "Duhai kekasih ku, semenjak Kanda keluar dari sisi mu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun". Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya, maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: "Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah". Apakah melelahkan mu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: "Ya Allah perbaikilah isteri ku dan berkatilah daku pada dirinya". * Ucapan baik adalah sedekah. * Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah. * Mengucapkan salam mengandung beberapa kebaikan. * Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa. * Berhubungan badan mendapatkan pahala.
KETAHUILAH WAHAI WANITA
1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suami mu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.
2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suami mu, pahala haji dan umrah.
3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suami mu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.
4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid.
5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suami mu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin.
6. Sekiranya anda memelihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.
7. Sekiranya anda memandang suami mu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.
8. Seandainya anda mati dalam keadaan suami mu redha kepada mu, maka syurgalah tempat mu.
Hukum Isteri Meleteri Suami
Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun.Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Intan kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing. Kalaulah Intan tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu. Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya. Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman. Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif. Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga. Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita. Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat." MENGHERDIK Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya. Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa. Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya. Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya." Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya. Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati. Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad. Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah. Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya. Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?" Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya. Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya. Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya. Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekali gus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja. Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang ertinya: "Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku." ** Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah.
Roti
roti yg paling bagus adalah diperbuat drpd gandum yg baik dimasak dalam pembakar roti yg bulat. Roti itu biarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan cepat merasa haus bila memakannya.Roti yg sudah lama & tidak elok menyebukan perut. Roti yg mempunyai sekam gandum mudah dihadam oleh perut. Nabi s.a.w. pernah bersabda " Janganpotong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dgn memotong dgn tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan
jintan manis byk khasiatnya ianya mlegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dlm bentuk serbuk dan disapudisekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal
epal masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati
hai apa kabar anda semua hari ini dan selamat berposa utk hari yg ke-5 semoga posa kita diterima hendaknya.
Assalamualaikum...apa kabar hari nie..harap anda semua dalam keadaan sihat hendaknya. Sebenarnya berpuasa nie boleh menyihatkan badan kita, so hikmah Allah menyuruh kita berpuasa tu adalah untuk kebaikkan diri kita juga.
) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita, tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!
1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..." Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita
MENYESAL DI HARI KIAMAT "Yang menyesal pada hari Kiamat ialah; orang yang ada kesempatan untuk menuntut ilmu, tetapi tidak mempergunakan kesempatan itu selama dia hidup di dunia. Dan orang yang mengajarkan ilmunya, orang lain mengambil manfaatnya sedangkan dia sendiri tak dapat."
5 PERKARA "Rasulullah s.a.w. bersabda: Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara; hidup kamu sebelum mati kamu, sihat kamu sebelum sakit kamu, lapang kamu sebelum sibuk kamu, masa muda kamu sebelum masa tua kamu, kaya kamu sebelum miskin kamu."
CIRI ORANG YANG KUAT "Orang yang kuat itu bukanlah orang yang kuat mengadu tenaga, tetapi orang kuat itu ialah orang yang dapat menahan amarahnya."
AMALAN YANG DICINTAI ALLAH "Allah tidak akan mendekati seseorang, sebelum orang itu mendekatiNya, dan amalan yang paling dicintai Allah ialah amalan yang berterusan dilakukan walaupun sedikit."
KELEBIHAN MERENDAH DIRI "Apabila seorang hamba itu merendahkan diri, nescaya akan diangkat oleh Allah ke langit yang ketujuh."
HARAP MATI "Janganlah seseorang di antaramu yang mengharap-harapkan mati kerana ditimpa kesusahan dalam hidup, seandainya dia terpaksa berbuat begitu, maka hendaklah dia berdoa kepada Allah: Ya Tuhanku, panjangkanlah umurku jika sekiranya hidup ini lebih baik bagiku, akan tetapi matikanlah aku, jika mati itu lebih baik untukku."
HAK SEORANG MUSLIM "Hak seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lainnya ada enam perkara: Bila bertemu, berilah salam kepadanya; bila diundang, datanglah; apabila diminta nasihat, maka berikanlah nasihat; apabila sakit, ziarahlah; apabila dia meninggal dunia, hantarkanlah jenazahnya sampai ke kubur."
UMAT YANG MULIA "Sesungguhnya orang-orang yang mulia dari umatku, tidak akan masuk syurga dengan solat dan puasa. Tetapi mereka masuk syurga dengan jiwa yang pemurah, dada yang sejahtera dan kerana nasihat kepada orang-orang Muslim
SOLAT "Setiap orang Muslim, apabila tiba waktu solat wajib, lalu dia wuduk sesempurna mungkin, sesudah itu dia solat sekhusyuk mungkin, nescaya Allah menghapus dosa-dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar. Demikianlah halnya sepanjang masa."
SABAR DAN SYUKUR " Iman itu terdiri daripada dua bahagian, sebahagian sabar dan sebahagian syukur."
7 GOLONGAN Hadith Pilihan "Ada tujuh golongan orang yang akan diberikan naungan oleh Allah pada saat manusia tidak memperolehi perlindungan pada hari Kiamat kelak: 1. Imam yang adil 2. Pemuda yang dibesarkan dalam ibadat kepada Allah 3. Orang yang hatinya selalu terpaut kepada masjid 4. Orang yang cinta-mencintai kerana Allah dan berpisah kerana Allah 5. Orang yang berzikir kepada Allah pada waktu sunyi sehingga keluar air matanya mengalir di pipi 6. Seorang pemuda yang diajak berbuat jahat oleh seorang wanita cantik namun dia tetap berkata: 'Sesungguhnya aku takut kepada Allah' 7. Orang yang bersedekah secara diam-diam sehingga tangan kirinya tidak mengetahuinya."
Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias surga Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang saleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikatlah setan-setan yang durhaka sehingga mereka tidak leluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (HR Ahmad)
Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad sawbersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan padamalam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatulmaut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, makamalaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DANKEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amatmenyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni olehsyaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkandengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuatdaripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkanrantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANGKHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali diamendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglahpahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga iamerasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yangsedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akandiusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYAsambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelitadi sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, makadatanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalumengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapimereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFATSILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalumenyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara merekadengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,makasegeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalumenabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAINWALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
semalam aku g jejalan kat satu bazar ramadhan la..nk carik makanan utk berbuka posa la..so jalan punya jalan la sekali aku nampak makanan tu sedap sekali la.isk payah nk dapat klu ari biasa ni..so aku beli la...dgn excitednya aku membeli la makanan tu..so aku bawak balik dgn hati girang la...so tunggu la waktu berbuka...bila dah dengar azan terus la aku berbuka ngan makanan yg aku beli tadi..dengan pelahapnya...ehh lupa makan kurma dulu 2 biji pastu baru la aku makan kuih ..lepas tu baru la aku makan yg aku beli tadi..so dgn excitednya aku g la buka..tiba2......? apa yg jadik..hahahaha...uiyooooooooooooooo goreng pun sodap...selamat menjamu selera...hehehehe
hai akum semua, lama aku tak tulis amende kat sini..so hari ini aku ada masa free so aku tulis la apa yang terlintas kat fikiran aku nie. So hari ni dah masuk hari ke-4 kita posa rasa sekejab jer rasanya. So kita posa ni kena la posa betul2 bukan setakat posa tahan lapo dan dahaga jer tp dlm erti kata yg sebenarnya dari segi segala apa yang kita lakukanlah. So dalam bulan ramadhan ni kita banyakkan buat amal ibadah, berzikir dan sebagainya. Buat benda2 baik dan tinggalkan perkara2 yang dilarang. Kay semoga segala amalan kita diterima Allah hendaknya.
semalam aku seprti biasa
semalam aku hanya insan biasa
semalam aku lupa
semalam aku lupa untuk beribadah kepadanya
sedetik cuma kenapa kau tinggalkan
masa terus berlalu
berzikirlah ingat kepada-Nya
moga hatimu tenang dan damai
ubat penawar segala duka
bacalah al-Quran
kerana ia satu mukjizat
jgn kau lupa
ikutlah sunnah rasul
nescaya kau tidak akan sesat
apasala aku nk hantar gambar tak leh nie..korang biasa pakai apa nk send gambar kat sini ha...aku dah try tp x leh plak..dia cakap ada errorlah apa lah..aku nk cantikkan sket page aku nie tp x leh plak..x der pendapat ker korang bagi tau la camner...emel kat aku nor atau komen la apa yg patut